Quantcast
Channel: Durioo+ Educator Tips Parenting Video Kanak-Kanak Tudung Sekolah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 447

Drama Filipina Dolce Amore | Sinoposis Cerita Dolce Amore & Senarai Episod Serta Video Dolce Amore

$
0
0

Bismillah. Aloe! Cikros di sini.

Siapa layan drama Filipina Dolce Amore lakonan Liza Soberano & Enrique Gil tu angkat tangan? Hehe!

Aku masa beberapa episod pertama Dolce Amore tu memang tak layan pun. Pastu boleh ter-tengok pulak masa repeat hour pukul 12 noon. Bila follow rasa best pulak cerita Dolce Amore ni. Terus terjebak layan!

Drama Dolce Amore ni ada 137 episod. Sekarang kat TV baru tayang episod 121 (8/12/2017). Tapi aku dah layan habis semua episod Dolce Amore tu!

Drama Dolce Amore

Aku dah tak follow Dolce Amore kat TV dah pun. 2 hari aku marathon layan habis Dolce Amore dari episod 1 sampai episod akhir. Of coz aku skip episod Dolce Amore yang aku dah pernah tengok. Hehe!

Drama Dolce Amore

Drama Filipina Dolce Amore adalah drama terbaru yang disiarkan di Astro Prima dan Maya HD bagi menggantikan Drama Filipina Forevermore yang telah tamat episodnya.

Selepas drama popular Forevermore, hero dan heroin Drama Forevermore itu, iaitu Liza Soberano dan Enrique Gil kembali bergandingan dalam drama terbaru yang bertajuk Dolce Amore.

Pelakon Drama Filipina Dolce Amore ini terdiri daripada Enrique Gil (Simon Vicente Ibarra @ Tenten), Liza Soberano (Serina Marchesa), Matteo Guidicelli (Gian Carlo), Cherie Gil (Luciana Marchessa), Sunshine Cruz (Alice Urtolla), Kean Cipriano (Alvin Binggoy Ibarra) dan ramai lagi.

Drama Dolce Amore

Dolce Amore ni penggambaran dia dibuat di Filipina, Itali dan Dubai.

Drama Dolce Amore ini boleh dikatakan drama yang masih baru, kerana baru saja disiarkan di Filipina pada tahun 2016 yang lalu iaitu dari bulan Februari hingga Ogos 2016. Kemudian bermula 14 September 2017 drama Dolce Amore ini dah disiarkan di Malaysia dah.

Sebelum Dolce Amore, Astro ada tayang drama Forever More. Tapi aku tak layan Forever More. Dolce Amore ni aku ter-layan tanpa sengaja. Bila dah layan tu tak boleh stop lah pulak. Hehe!

Of coz lah kisah Dolce Amore ni sudah di alih bahasa ke Bahasa Melayu kat Astro tu. Kalau ko rasa tak sabar nak tahu ending cerita Dolce Amore ni sila layan drama Filipina Dolce Amore online kat Netflix.

Drama Dolce Amore

Free je tengok drama Dolce Amore ni online. Best layan Dolce Amore online sebab ada semua episod Dolce Amore dari episod 1 hingga 137. Boleh tengok at your own sweet time. Agak-agak mata dah penat tak boleh bukak tu boleh sambung tengok Dolce Amore hari lain.

Nanti aku bagi link video Dolce Amore tu lepas ko baca sinopsis drama Dolce Amore ni dulu. Hehe!

Sinopsis Drama Filipina Dolce Amore Lakonan Liza Soberano & Enrique Gil

Pembukaan cerita Dolce Amore ni best dan mendebarkan. Masa tu tengah perang kat negara Askovia yang aku pun tak tau kat mana. Oh! Patutlah aku tak tau Askovia ni sebab Republik Askovia dalam drama Dolce Amore ni negara fiksyen @ rekaan sahaja. Meh!

Masa episod 1 Dolce Amore, Uge adan Alice Urtola (Andrew E dan Sunshine Cruz) dengan 2 anak perempuan terpaksa berpisah bila perempuan dan kanak-kanak diasingkan untuk keluar dari Askovia untuk balik ke Filipina. Tapi trak yang mereka naik kena bom.

Baby yang selamat Monica Urtolla @ Serena Marchessa dijadikan anak angkat oleh orang kaya Itali, Roberto (Ruben Maria Soriquez) dan Luciana (Cherie Gil).

Masa Serena umur 8 tahun dia tahu dia anak angkat. Pastu Serena dermakan mainan dan kasut bola dia untuk dihantar ke rumah anak yatim Filipina. Simon yang dapat kasut bola tu.

Drama Dolce Amore

Kat sini lah bermula hubungan Simon dan Tenten sebagai pen pal. Tapi hubungan surat menyurat Serena dan Tenten terputus lepas nanny dia kena halau. Luciana ambik alih jaga Serena dan sekat segala surat menyurat Serena dan Tenten.

Aku paling sedih masa Simon menangis sebab tak ada orang nak ambik dia jadi anak angkat. Nasib baik lah tukang masak rumah anak yatim tu, Taps dan Dodoy ambik Simon jadi anak angkat. Simon diberi nama baru iaitu Simon Vicente Ibarra.

Tapi Simon ni pelat tak boleh sebut “S”… dia sebut “s” jadi “t”. So Simon Vicente Ibarra dia sebut Timon ViTENTE Ibarra. Sebab tu Binggoy dan parents dia panggil dia TENTEN. Hehe!

Fast forward Serena pun dah besar. Luciana paksa dia kahwin dengan kawan baik dia Gian Carlo de Luca yang berasal dari keluarga mafia untuk selamatkan syarikat Marchessa yang nak bangkrup. Serena tak mau terus melarikan diri ke Filipina sambil cuba usaha cari funder untuk syarikat Marchessa.

Takdir menentukan Serena dan Tenten berjumpa dan jadi kawan baik. Kemudian mereka bercinta. Berpisah 2 tahun. Bercinta kali kedua dan hampir nak kahwin. Pastu berpisah lagi 1 tahun. Kemudian bercinta kali ketiga dan selamat kahwin!

Drama Dolce Amore

Kiranya cerita Dolce Amore ni penuh konflik percintaan lah. Halangan banyak sangat untuk Serena dan Tenten. Mak dia Luciana tak restu. Pastu Serena accident sampai lupa ingatan. Pastu Gian Carlo jadi jahat gila sampai nak bunuh Tenten. Serena lari masa hari wedding dia dengan Tenten sebab Gian Carlo dan pak cik Favio yang giler jahat tu dah acu pistol dari jauh.

Tenten frust giler Serena lari masa wedding. Terus dendam kesumat sampai Tenten pun jadi jahat lah. Tiba-tiba Tenten bertukar jadi Simon Ibarra Dubois (SID) yang kaya raya sebab dah jumpa mak kandung dia, Vivian Dubois.

Tapi Vivian ni bukan mak betul pun. Vivian mengaku jadi mak Tenten sebab mak Tenten yang betul tu Luciana Marchessa! Tenten kan dendam dengan Luciana sebab dah komplot dengan de Luca untuk bunuh Tenten tapi Binggoy yang mati. So Luciana tak boleh mengaku dia mak kandung Tenten.

Luciana transfer semua duit dia yang berjuta tu kepada syarikat Dubois supaya Tenten dapat guna harta dia. Konon nak tebus kesalahan tanpa Tenten tau la. Tapi last-last terbongkar jugak!

Drama Dolce Amore

Eh! Malas lah aku nak cerita semua pasal Dolce Amore ni. Especially episod Dolce Amore 122  – 137. Ko layan la sendiri Dolce Amore ni. Hak hak hak!

Aku layan sebab ada unsur komedi dalam cerita Dolce Amore ni. Time nangis teriak lah kaw-kaw. Time gelak sakit perut aku ketawa. Memang terbaik lah. Hehe!

Senarai Episod Drama Dolce Amore

Nak tengok senarai episod Dolce Amore ni boleh pergi kat Wikipedia. Aku guna senarai espisod Dolce Amore ni untuk pilih video episod Dolce Amore kat Netflix yang aku nak tengok.

Senarai Episod Dolce Amore ==> Wikipedia Dolce Amore

Tonton Video Drama Dolce Amore Online

Tak sabar nak tau kesudahan cerita Dolce Amore tu? Sila layan video drama Dolce Amore tu kat Netflix.

Tonton Drama Filipina Dolce Amore Online ==> Netflix Dolce Amore


Viewing all articles
Browse latest Browse all 447

Latest Images